Wednesday, November 3, 2010

Cimandi Pecah Tujuh in Malaysia



Cimandi Pecah Tujuh di Malaysia


Sejarah Asal-usul Cimandi Pecah Tujuh Malaysia

Cogreg ( Bogor ) Indonesia pada abad ke17 hingga 18 - Terdapat sepasang suami isteri yang tinggal di Bogor, Pak Kahir Adalah seorang pedagang manakala Ibu Semantan adalah seorang suri rumah sepenuh masa. Mereka tinggal di Cimande , Bogor berhampiran dengan sebatang sungai yang bernama Sungai Mande. Pada suatu hari Ibu Semantan pergi ke sungai untuk melakukan kegiatan hariannya seperti membasuh pakaian, mencuci makanan dan membuang hajat.Ketika Ibu Semantan sedang sibuk membasuh pakaian tiba-tiba di seberang sungai beliau terlihat seekor beruk putih sedang memungut buah kupak yang bertaburan di tepi sungai.Ketika itu juga muncul seekor harimau Putih di hadapan beruk itu.Berlakulah satu pertempuran rimba diantara Beruk Putih dan Harimau Putih itu. Pertarungan diantara kedua binatang ini menarik perhatian Ibu Semantan yang kebetulan berada di situ sehingga beliau berhenti dari membasuh pakaiannya., mata beliau terpaku dengan aksi itu, seolah-olah beliau sedang menyaksikan dua pendekar yang bertarung. Si Beruk Putih bertarung untuk menyelamatkan nyawanya dari di baham oleh si Harimau Putih dan setiap inci pergerakan , tangkisan dan serangan dari dua ekor binatang itu di perhatikan dengan teliti dan asyik oleh Ibu Semantan. Kejadian ini berterusan selang beberapa jam dan pertarungan ini diakhiri dengan keputusan seri.Kedua ekor binatang itu hilang kedalam hutan dan tinggallah Ibu Semantan yang terpegun dan terkejut sengan kejadian tadi, pada masa yang sama beliau tersentak dan terkejut dengan masa yang telah lewat petang dan beliau dengan cepat membasuh pakaian , melakukan kerja hariannya dan segera pulang kerumah.Beliau juga teringat yang beliau belum masak apa-apa untuk suaminya makan nanti.
Pada masa yang sama Pak Kahir yang baru pulang dari berdagang telah tiba ke rumahnya. Dengan perut yang lapar dan kepenatan beliau kedapur untuk mencari makanan. Melihat tiada apa untuk dimakan dan juga isterinya tiada dirumah beliau naik berang dan menunggu dengan hari yang geram dan marah. Seketika kemudian Ibu Semantan telah sampai kerumah dan mendapati Pak Kahir telah pun berada di rumah dengan keadaan yang amat marah.Pak Kahir bertanya pada isterinya kenapa tidak menyiapkan makanan dan kenapa lambat pulang.Ibu Semantan cuba mejelaskan dan menceritakan tetapi tiba-tiba Pak Kahir menempeleng Ibu Semantan.Dengan secara sepontan dan pantas Ibu semantan mengelak tamparan itu dan ini menyebabkan kemarahan suaminya meluap-luap.
Pak Kahir kembali menyerang lagi , si isteri yang teringat gaya pertempuan dua ekor binatang tadi dan segera mempraktikan gerakan dan langkah itu.Ini menyebabkan Pak kahir terkejut danbertambah marah lalu menyerang bertalu-talu .Namun semuanya dapat ditepis dan ditangkis dengan mudah oleh isterinya yang melangkah laksana srikandi.Perkelahian suami-isteri kemudiannya berhenti akibat kepenatan. Pak Kahir berasa hairan terhadap isterinya yang tidak mempunyai latar belakang ilmu persilatan tetapi dapat mengelak sebagai seorang ahli silat yang mahir.
Keadaan kembali tenang dan Pak Kahir bertanya pada isterinya ;
: "Di mana kamu belajar maen poho?" (ertinya "menipu gerakan" dipersingkat menjadi "maempo").
Diwaktu inilah Ibu Semantan pun menjelaskan dari mula hingga akhir kejadian yang berlaku semasa beliau di tepi sungai tadi. Pak Kahir pun meminta isterinya menunjukkan sekali lagi gerakan yang digunakan ketika mengelak serangan beliau.Setiap gerakan dan langkah serangan dan tepisan dikaji dan dipraktikan oleh suami isteri ini. Maka terciptalah Silat Cimande yang diambil sempena nama Kg. Cimande dan nama Sungai Mande yang menjadi asas dan tapak kejadian beruk putih dan harimau putih. Pak Kahir dan Ibu semantan pun menyebarkan dan mengembangkan Silat Cimande ini ke pelusuk tanah nusantara.
Ibu Semantan yang menjadi pengasas silat Cimande juga mempunyai seorang rakan karib yang bernama Ibu Surtani. Beliau telah menurunkan dan mengajar langkah-langkah silat Cimandekepada Ibu Surtani. Ibu Surtani menjadi murid Ibu Semantan dan mengembangkan ajaran dan ilmusilat cimande ke daerah Bentan.Dibentan Ibu Surtani telah mengajarkan silat Cimande kepada Ibu Muryati yang berasal dari daerah Bengkalis.Segala ilmu yang diajarkan oleh Ibu Surtani telah di sebarkan oleh Ibu Muryati kampong halaman beliau iaitu daerah Bengkalis dan telah berkembang dan dikenali sehingga Riau.Ibu Surtani juga mempunyai 8 orang murid yang terdiri dari 2 lelaki dan 6 perempuan.Di antara murid beliau ialah
Pak Sukiman yang merupakan pengasas Silat Cimande di Malaysia. Pada tahun 1950-an Pak Sukiman telah berhijrah dan merantau Batu Pahat , Johor di Malaya ( Malaysia ). Pak Sukiman bermaustatin dan menetap di Batu Pahat ,beliau juga telah membuka gelanggang silat cimande yang juga dikenali di Malaysia sebagai Seni Silat Cimandi Pecah Tujuh. Beberapa tahun kemudian Pak Sukiman telah merantau dari Johor ke utara semenanjung sehingga ke Banting, Selangor.Disana beliau telah menetap dan mengajar silat sehingga kehayat akhir.Sebelum beliau kembali ke Rahmatullah beliau mempunyai ramai anak murid dan salah seorang darinya itu ialah Guru Khairi Bin Sakiman yang juga tinggal di Banting , Selangor.
Guru Khairi Bin Sakiman juga dikenali sebagai Wak Khairi telah meneruskan dan memperkembangkan seni silat Cimandi Pecah Tujuh dari Selangor sehingga Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka.Cawangan gelanggang Cimande di Kuala Lumpur yang dibuka ialah di Kampung Kerinchi. Wak Khairi telah berusaha dan berkerja keras mengembangkan Seni Silat Cimandi Pecah Tujuh sehingga sanggup berulang-alik dari Banting ke Kuala Lumpur tanpa rasa jemu sehinggalah beliau menemui kemalangan jalan raya pada 1982 yang menyebabkan sebelah kakinya kudung. Namun itu tidak mematahkan semangat Cimande didalam dirinya, selepaskejadian itu beliau masih aktif mengajar dan mengembangkan silat Cimandi Pecah Tujuh sehingga dikenali ramai.
Oleh kerana keuzuran Wak Khairi , beliau telah mengamanahkan tanggungjawab sebagai guru kepada salah seorang anak murid lama beliau iaitu Tn.Hj. Md Zin Bin Omar yang menetap di di Pantai Dalam untuk meneruskan dan mengembangkan Seni Silat Cimandi Pecah Tujuh hingga sekarang.

Kesimpulannya
Seperti yang anda ketahui bahawa seni silat Cimandi ( Cimande ) Diseluruh dunia di asaskan dan diilhamkan oleh seorang wanita iaitu Ibu Semantan ketika membasuh baju di Sg Mande (rujuk kepada Sejarah Cimande Versi ke 3) dan di kembangkan oleh Pak Kahir ( Pak khaer) Di Kg Cimande (Bogor) .kebanyakan sejarah Cimande banyak tertumpu kepada perjalanan hidup Pak Kahir dan maklumat mengenai isterinya amatlah sedikit.pada pendapat saya nama Cimande berasal dari nama Kg. Cimande tempat dimana Pak Kahir dan isterinya menetap. Walaubagaimanapun cacatan sahih mengenai Cimande kita semua setuju bahawa ia adalah dari ilham kejadian yang disaksikan oleh isteri Pak Kahir ( Ibu Semantan) dan dikembangkan oleh Pak Kahir dan rakan karib Ibu Semantan iailtu Ibu Surtani yang bermula dari Kg Cimande.Hasil kerjasama suami isteri ini juga Cimande berdiri megah dan terkenal diseluruh dunia.Disini saya lampir kan carta salasilah Seni Silat Cimandi Pecah Tujuh dan Seni Silat Cimande .Lihat lah dan fikirkan.




Carta salasilah Cimande 1
( Klik To View )



Carta salasilah Cimande 2
( Klik To View )


Carta penuh salasilah Cimande
( Klik To View )


Di dalam PSSCPTM , maksud Cimandi (Cimande ) telah diolah dan di ertikan oleh guru pengasas di Malaysia ( Pak Sukiman ) dengan pengalaman, akal dan ilmu beliau agar ahli² mendapat semangat bila memasuki PSSCPTM ini.Perngertian Cimandi diturunkan dari guru ke anak muridnya sejak dahulu lagi
Setiap nama dan huruf mempunyai maksud yang tersirat.Kejadian yang berlaku semua nya mesti bersebab.Nama Cimandi juga mempunyai sebab yang tersendiri.
Fikirkanlah…

ERTI SILAT CIMANDI PECAH TUJUH

S – Sesuatu
E – Emosi
N – Nari ( Tari )
I – Intipati


S – Sedia
I – Ilmu
L – Langkah
A – Amalan
T – Tawakal


C – Cari
I – Ilmu
M – Mikir ( Fikir )
A – Akal
N – Nurut ( Turut )
D – Dakwah
I – Islam


PECAH TUJUH ( Pecahan Tujuh )
  • Membuktikan dan Mengakui kebesaran Allah s.w.t yang mencipta 7 petala langit dan bumi.Selain itu juga terdapat 7 jurus asas didalam Silat Cimandi Pecah Tujuh.


Total Pageviews

Popular Posts